Objektif - Memberi bantuan wang kepada keluarga jika ahli meninggal dunia.
Keahlian Tabung Khairat Kematian (TKK)
- Keahlian dibuka kepada semua ahli KPPK dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh menjadi ahli KPPK dengan bayaran RM10.00 (sekali sahaja).
- Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya ahli berkenaan berhenti dari keahlian KPPK atau bertunggakan yuran melebihi 4 bulan.
Pengurusan - Diuruskan oleh Majlis Kebangsaan (EXCO). Pentadbirannya oleh Setiausaha Agung dan Kewangan oleh Bendahari Agung. Sebarang perubahan / pindaan dalam pengurusan TKK adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan.
Agihan Tabung - TKK ini berfungsi dengan “Capital Fund” dan pembayaran akan dibuat atas formula berikut: (tertakluk kepada pindaan)
Kadar Pembayaran Tabung Khairat Kematian
Tarikh Kuatkuasa mulai 1 November 2010
Tempoh keahlian Berterusan | Amaun Maksimum Yang Layak |
---|---|
6 bulan hingga 1 tahun | RM300 |
Lebih 1 tahun hingga 5 tahun | RM1,500 |
Lebih 5 tahun hingga 10 tahun | RM2,000 |
Lebih 10 tahun hingga 15 tahun | RM2,500 |
Lebih 15 tahun hingga 20 tahun | RM3,000 |
Lebih 20 tahun dan ke Atas | RM3,500 |