Tarikh Kemaskini : Rabu, 20 Mac 2024.
blue green oren
A- A A+

  Keahlian Biasa

Permohonan untuk menjadi ahli mesti mendapat pengesahan dari mana-mana cawangan KPPK.Ahli Jawatankuasa Cawangan mempunyai kuasa tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa memberi alasan yang munasabah. 

Keahlian NUTP terbuka kepada pendidik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di bawah KPM, KPT seperti berikut:

1. Sekolah Rendah, SJKT, SJKC dan Sekolah Menengah
2. Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Amanah
3. Sekolah Agama Rakyat
4. KPM, KPT, JPN dan PPD
5. Dipinjamkan ke Kementerian/Bahagian lain
6. IPGM/ Kolej Vokasional/ Kolej Matrikulasi
7. Politeknik & Kolej Komuniti Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila kemukakan emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  Keahlian Bersekutu

Terbuka kepada semua ahli yang bersara. Yuran Ahli Bersekutu Seumur Hidup merujuk kepada jadual dibawah.

Yuran

Ahli Bersekutu

 

Ahli Bersekutu (seumur hidup) dengan keahlian:

Kurang daripada 10 tahun

10 hingga 19 tahun

20 hingga 29 tahun

30 tahun dan ke atas

-

RM500.00

RM400.00

RM300.00

RM200.00

Ahli adalah layak membuat tuntutan dari Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan sekiranya membayar secara tahunan.Jika terlupa membayar akan menyebabkan seorang ahli bersekutu hilang faedah sebagai ahli bersekutu.

 

  Keahlian Kehormat

Keahlian dianugerahkan kepada mana-mana ahli atau individu yang menyumbang perkhidmatan cemerlang kepada KPPK atau profesion perguruan. Keahlian diluluskan oleh para delegasi persidangan yang diakui oleh Lembaga Eksekutif. Keahlian Kehormat tidak mempunyai hak mengundi tetapi mempunyai semua hak lain seperti ahli biasa.