Tarikh Kemaskini : Khamis, 18 Oktober 2018.
blue green oren
A- A A+

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kesatuan Perkhidmatan Per­guruan Kebangsaan (NU­TP) optimis dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam Kabinet baharu kerajaan.

HARRY TAN HOCK HUAT

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, Dr. Mahathir telah melihat sendiri era ketika profesion perguruan sangat dihormati berbanding sekarang yang menyaksikan kes-kes guru diheret ke mahkamah.

“Tun (Dr. Mahathir) adalah tokoh dihormati dan Kementerian Pelajaran bukan asing bagi beliau. Terdapat pelbagai isu dalam sistem pendidikan dan kita memerlukan seorang ‘bapa’ yang dapat memastikan ia diselesaikan demi manfaat generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, NUTP sangat berharap dapat bertemu dengan Dr. Mahathir seberapa segera untuk menyelesaikan banyak isu penting terutama yang melibatkan Pendi­dikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana tiada dasar kebangsaan mengenainya. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harap-profesion-guru-kembali-dihormati-1.674648#ixzz5FoWZgQsh