Tarikh Kemaskini : Rabu, 20 Mac 2024.
blue green oren
A- A A+

Pusat Maklumat NUTP Kini Beroperasi Sepenuhnya Untuk Kaum Pendidik Khasnya Ahli NUTP
Terbuka Kepada Ahli NUTP Dan Pengguna Yang Bertujuan Hanya Tujuan Ilmiah, Pengajaran & Pembelajaran Serta Penyelidikan

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat   :           9.00 pagi – 4.00 petang
Sabtu                :           9.00 pagi – 12.00 tengahari

PERKHIDMATAN

*      LOKAR
*      KEMUDAHAN INTERNET
*      PERKHIDMATAN MENCETAK/PHOTOSTAT
*      BILIK MESYUARAT/PERBINCANGAN
*      PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN

KOLEKSI PUSAT MAKLUMAT NUTP
Ø  Buletin NUTP
Ø  Takwim NUTP
Ø  Perundangan Malaysia ( Akta-Akta )
Ø  Monograf ( Buku )
Ø  Majalah
Ø  Kertas Kerja ( Seminar )
Ø  Keratan Akhbar

Untuk Tempahan/Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Pusat Maklumat NUTP

PANDUAN PERKHIDMATAN PUSAT MAKLUMAT NUTP/KPPK

1.    Perkhidmatan ini hanya melibatkan Pusat Maklumat NUTP/KPPK sahaja. 

2.    Terbuka kepada AHLI NUTP/KPPK dan pengguna yang bertujuan hanya tujuan Ilmiah, Pengajaran dan Pembelajaran.

3.    Mempertingkatkan perkhidmatan Pusat Maklumat NUTP melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran, pengajaran  dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, selesa dan mesra untuk seluruh warga Pendidik khasnya Ahli NUTP.

OBJEKTIF

1.    Menjadikan Pusat Maklumat NUTP sebagai sebuah Pusat Maklumat yang cemerlang dari aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju NUTP Malaysia.

2.    Menyediakan pelbagai koleksi yang relevan bagi menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

PERATURAN PUSAT MAKLUMAT NUTP/KPPK

?    Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa berada didalam Pusat Maklumat NUTP/KPPK.

?    Pengguna dilarang berbual, bercakap & berbincang dengan suara yang terlalu kuat.

?    Pengguna dilarang makan, minum dan merokok didalam Pusat Maklumat NUTP/KPPK.

?    Sila susun kembali meja, kerusi dan pastikan tiada sampah dan barang perpustakaan dibawa keluar. 

?    Sila letak bahan-bahan yang telah digunakan dirak dan jangan meninggalkan bahan-bahan di atas meja setelah menggunakannya.

?    Pihak Pusat Maklumat NUTP/KPPK berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna melanggar peraturan yang ditetapkan.

?    Sebarang bayaran perlu dijelaskan di kaunter perkhidmatan seperti yang ditetapkan.

PERKHIDMATAN

LOKAR
Pusat Maklumat NUTP/KPPK menyediakan kemudahan lokar untuk penyimpanan beg dan barang-barang persendirian, dimana pengguna perlu membayar 0.50 sen sebelum menggunakannya.

KEMUDAHAN INTERNET
?Komputer disediakan dengan kemudahan internet.  Pengguna dibenarkan menggunakan 1 komputer untuk seorang sahaja. 

?Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini dengan bayaran sebanyak setengah jam RM0.50 sen/seorang.

?Penggunaan wayar sambungan atau extension wire tidak dibenarkan sama sekali.  Sila pastikan pen-drive yang hendak digunakan tidak ada virus.

?Pengguna tidak boleh membuka laman web berbentuk lucah dan sebarang permainan komputer tidak dibenarkan.

PERKHIDMATAN MENCETAK/PHOTOSTAT
Bayaran dikenakan sesalinan untuk 5 helaian yang pertama RM0.10 sen untuk cetakan helaian yang berikutnya adalah 0.20 sen.

BILIK MESYUARAT/PERBINCANGAN
•    Bilik Mesyuarat/Perbincangan disediakan untuk kemudahan pengguna mengadakan perbincangan.  Bayaran Dikenakan untuk 1 jam RM5.00 dan RM45.00 untuk 1 hari.

PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN
•    3 buah buku untuk tempoh 2 minggu

DENDA
•    Denda akan dikenakan sebanyak RM0.20 sen (sehari) untuk kelewatan pemulangan bahan.

KEHILANGAN BAHAN
•    Membayar harga bahan + RM10.00 ( Kos Perkhidmatan )
•    Harga buku (standard) sekiranya harga buku tiada dalam rekod seperti berikut :-

          KATEGORI                    HARGA
        
    Dalam Malaysia        RM50.00 + RM10.00 ( Kos Perkhidmatan )

    Luar Malaysia            RM120.00 + RM10.00 ( Kos Perkhidmatan )

MAKLUMAN/PERHATIAN
Pusat Maklumat NUTP/KPPK tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengguna dalam mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web.

“Selangkah Ke Pusat Maklumat,  Sejuta Senyuman, Sejuta Pengetahuan & Sejuta Maklumat”