Tarikh Kemaskini : Selasa, 20 Ogos 2019.
blue green oren
A- A A+

Selamat Petang Dan Salam Sehati Sejiwa,

Dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan mengenai perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa pihak Kesatuan/ Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah membangkitkan isu PPP yang baharu dilantik dalam perkhidmatan dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana tetapi dibayar gaji permulaan menggunakan kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan untuk mengemukakan senarai nama PPP sebagaimana yang dimaklumkan di dalam pembentangan tersebut.
  2. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan untuk mengemukakan senarai nama tersebut PADA ATAU SEBELUM 15 OGOS 2016 (ISNIN) melalui emel kepada Encik Anas bin Jaafar (Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Puan Rokiah binti Md Top (Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan pihak Kementerian sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

              Rokiah

ROKIAH BINTI MD TOP
Pegawai Eksekutif Tinggi
Unit Saraan, Kemudahan & Hubungan Kesatuan 
Cawangan Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
Kementerian Pendidikan Malaysia
No Tel:   03-8884 7793
No Fax: 03-8884 7824

Tarikh Berita/News Date: 
15/08/2016